Thursday 28 March 2013

SAHABAT SEJATI

Malam hujan,tak tau nak buat ape..terus amik lappy buka blog nak update..haha

Apa maksud S.A.H.A.B.A.T.S.E.J.A.T.I ?
Hmmm..bagi aku lah sahabat sejati tu kawan yang sentiasa bersama kita ketika susah,senang,sedih and gembira..tanpa sahabat hidup kita tidak seronok..bagii aku lah,sebab aku hidup dah 16 tahun dekat bumi tak ade lagi lah gaduh besar dengan kawan..Alhamdulillah..apa orang cakap ? kawan makan kawan ?..haha..ape ape jelah.

Aku kalau pasal kawan aku tak kisah..masuk tak masuk tu tolak tepi yang penting ikhlas nak kawan..And korang mesti selalu share secret dengan kawan kawankan..lagi lagi pasal boyfriend,tak kan nak share dengan mak kot..memang kene baling kuali..mestilah dengan kawan,baru seronok,tukar tukar secret..hikhoook..tapi sesetengah orang cakap sebenarnya sahabat kita tu lahh musuh kite yang sebenar..ye ke ? mungkin ade orang percaya atau tak,tapi bagi aku lah kan kalau kita tak cari masalah dengan kawan kita tak jadi kot statement kawan tu musuh sebenar..kene lah pandai jaga hati diorang..haa lagi satu nak bergurau tu mestilah bertempat..ni kalau kau bergurau tak bertempat memang kena lah..tak cayee cer try sendiri..kene dengan kawan yang penyabar ok lah.cube kene yang tak sabar..naik kaki,tangan..tapi yang sabar pon ada had nya jugak.

Aku ade 2 orang kawan ni..masuk 7 tahun lah aku kawan dengan diaorang..sekarang sekolah menengah dari form 1 sampai sekarang memang tak pernah sama kelas..rehat pon jarang jumpa..tapi kalau dah jumpa mulut memang tak akan pernah senyap..ade je yang nak diceritakan..lagi dia minat k-pop,,memang ngam lah dengan aku..pendek cakap tak sah kalau tak bercakap bile jumpa ade je yang nak dicelotehkan ..dulu kat sekolah rendah kite orang ni memang macam belangkas..kat mana ade diorang mesti ade aku dan sebaliknya..korang meti dah kenal dah dengan diorang nie..

taraaa..mesti kau orang dah tengok kan
IAA <3 kawan sampai mati
izan,amira and asyiqin

walaupon antara korang baru kenal macam dah lame je kan..


Wednesday 27 March 2013

Full House Take 2



Cakk ! alahai..lama jugak tak update nie..jeng jeng jeng lawa tak blog aku,sudah bertukar ke warna blue-turquoise..haha tetibe rajin pulak nak upgrade blog.Serius lama kot tak jenguk blog.Macam macam nak bagi tau nie..haishhh excited pulak kau ye syiqin..

Sebenarnya nak bagi tau yang minat aku terhadap drama korea is back.Nak tau sebab apa ? sebab dekat channel 393(astro) ade cerita baru..serius wey cerita tu memang tarik minat aku sampai nak update blog sebab drama tu..tajuknya Full House Take 2.Orang cakap ceritanya sambungan Full House tahun 2004 tu..ala yang Bi Rain berlakon tu,famous kot cerita tu,tapi masa cerita tu aku kecik lagi..mana lah tau..pelakon drama ni aku tak kenal,baru first time tengok pelakonnya,Ya Allah hensem+comell habis..

Nak baca sinopsis dia tekan SINI

Lagu lagu drama ni memang best gile lah wey,dengar banyak kali pon tak bosan,setengah lagu korea yang instrumental ni memang cepat bosan..jangan tak tau salah satu lagu drama ni lagu blog aku..hihi,,best kan,aku dah cakap...














P/s:tengok jangan tak tengok

Saturday 26 January 2013

SETIA HUJUNG NYAWA




Assalamualaikum..apa khabar? sihat tak ?
lame jugak tak updates blog nie..bukannye ape tak ade mase lah..maklumlah dah start musim sekolah dengan homework lagi yang bertimbun..Ok dengan rasminya pelajar yang bernama NURUL ASYIQIN BINTI MAHMOOD adalah pelajar perdagangan untuk tahun 2013..hahaha..amik bahagian perdagangan je..takut lah nak amik account atau add math..math mode pon terkial kial..bagi yang amik aliran selain perdagangan tu chaiyokk !

Ok berbalik pade tajuk yang tertera kat atas tu..Setia Hujung Nyawa..haa korang tau tak cerita ape tu...
tu lah drama terbaik 2013 bagi aku..cerita dia hari Isnin-Khamis jam 7.00 malam dekat tv3..serius cerita tu best habis buat kan aku tak sabar sabar nak tunggu next episod..tapi aku jarang tengok tv sebab time die maghrib so tak boleh lh buka tv..biasanya aku tengok kat dailymotion je..kalau boleh je sempat tengok tv..

Cerita ni di aptasi dari novel karya Fatin Nabila..serius sampai sekarang cari novel tu tak dapat..pegi tiap kedai buku tanya tajuk buku ni perkataan yang sama akan keluar dari mulut diorang SOLD OUT..haaa tension nye..Ok pelakon die Amar Ashraf dan Nelydia Senrose..sweet sangat..memang pasangan ideal lah..
watak bagi hero and heroin name dia Zain Hakimi and Ersalina..drama nie ade 28 episod lagi 2 minggu je nak habis..

Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.

Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?

Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.

Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain.

So kat bawah nie nak share sikit gambar pelakonnye

Ini pelakon lelaki nye Amar Asraf comel + handsome pulak tu..alah pelakon
cerita dalah hati ada taman tu..time tu muke die lain
sebabrambut die panjang

Ok nie pon pelakon baru name dia Nelydia Senrose
darah Kelantan dengan Siam..patutlah cantik..




nie lah para pelakon Setia Hujung Nyawa..

List episod Setia Hujung Nyawa

Setia Hujung Nyawa episod 22 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 23 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 24 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 25 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 26 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 27 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 28 akan diupdate kemudian

Sunday 30 December 2012

GOODBYE 2012




Assalamualaikum..
tak jawab dosa..hihi
Hari ini tetibe je rajin nak updates..tengok blog orang lain semua updates pasal hari ni..sebab ape erk ?
tak kan lah korang tak tau..hari ni kan last day bagi tahun 2012..konon konon nak buat kenangan lah..haha

Ok nak cerita pasal tahun 2012 macam macam yang berlaku keatas diri aku ni..first sekali aku candit PMR..
awal tahun memang muke macam tak ade ape ape je..sampai akhir tahun..amik kau..goyang lutut..sejuk tangan..baru aku tau macam mane perasaan akak akak,abang abang yang amik PMR tahun lepas..masa UPSR tak ade pulak perasaan tu..mase tu kan kecik lagi..mungkin..HAHA

Second naik kelas dari Falah ke Dedikasi..memang gile gile wey bebudaknya..seronok dapat kenal yang tak kenal,dapat rapat yang tak rapat..HAHA.Banyak sangat kenangan dengan korang..time susah senang kite harungi..time Cikgu F naik angin same same kite kena..redha..haha..3D ingat tak time kene baling buku nota yang tak lengkap kat luar..memang takut wey walaupon aku tak kene masa tu..Cikgu F the best lah..selalu beri semangat kat kite orang tunjuk ajar..dengan rotan die yang menyengat tu..haha..Cikgu BM suke pinjam rotan tu bila nak pukul..for cikgu cikgu yang mengajar kelas 3D semua the best..

Yang nie last..pengalaman bekerja kat Taska Puri..bagi yang belom baca tekan SINI..bagi yang dah tu mesti dah tau kan..entry for 2013 akan datang tunggu..Selamat tinggal 2012..Welcome 2013


    

Monday 24 December 2012

TASKA PURI JKDM THE BEST

Assalamualaikum..
haa lama kot tak updates dekat 2 bulan ade rasenye..korang apa khabar ? sihat tak ? bagi candit PMR..result ok tak ? hahaha..nak tau aku dapat berape ? tak payah lah nak tau..biase biase je..tak lah straight A macam korang..tapi lulus k..Amin~~

Ok hari nie sebenarnya nak cerita sikit pasal aktiviti cuti sekolah aku..nak tau aku buat ape ? of course lah keje..nak tau keje kat mane ? Taska Puri JKDM..sebagai seorang pengasuh..ala jagak budak budak..sebenarnya mak usu aku keje kat sane tu yang boleh keje tu kat situ..sebenarnya layan budak budak nie memang best dengan karenah diorang lagi..kalau suka dengan budak mesti best punye..macam aku..budak kat sane dari 2 bulan hingga 4 tahum

Pengasuh dekat taska puri sebenarnya ade 6 orang(tak termasuk aku) semua girl..nak tengok gambar diorang

dari atas kiri Cik Ita(penyelia) makusu a.k.a nadia,ayu
kak kila,kak aida and kak syimah..
haaa comel comel kan


we are young..

Aku keje bahagian baby..time akak akak yang terlibat dengan kursus aku ganti kan lah diorang..so nak share   sikit gambar aku dengan anak anak taska puri

Me and irsyad Adha

Me and ebal

yaya and me

sayang yaya dengan ebal



Sharifah Nor Hasanah..kalau dah menangis amik kau
satu taska puri dengar



Nasrul Fai'zin

aqilah and iqbal

Playschool the best..

Afarhat..muke telur

Fahem comel+tembam

najiha..suke kacau kawan die


Maisara dut..kote orang panggil die dut sebab gendut+cute..



Setakat ni aje lh cerita pasal Taska Puri..Salam







Friday 28 September 2012

REAL EXAM PMR

Assalamualaikum..
lame dah tak berblogger,,al maklumlh candit PMR..dah besar rupa nye aku nie..sebut pasal PMR naik cuak diri .Ok lah kalau nak tau PMR dah nak tiba..9/10 start PMR .So aku ade mase seminggu je lagi nak study..jujur aku memang lemah math..nak naknye pasal Indect..WOW ! pecah kepala dibuatnye..by the way thanks to Izan and Mira my beloved friends yang tunjuk ajar aku..aku tau kepala korang peningkan ajar aku..lupe pulak to my makusu nadia yang tunjuk ajar jugak..

Mesti korang yang nak PMR tu nak 8A or 9A right ? sape tak nak..kalau ade rezeki aku  dapat 8A Alhamdulillah..terima seadanya..nak tengok jadual waktu TEKAN SINI !

Terima Kasih jugak dekat cikgu yang tunjuk ajar aku di kelas..Tak jemu jemu ajar aku..selalu beri kami harapan dan doa kan kami Candit PMR

Friday 20 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN






haa..pejam celik pejam celik dah masuk bulan puasa..kejap je kan..nak dekat puasa dekat lah PMR aku..
kalau nak tau bulan ramadhan nie banyak berlaku peristiwa yang istimewa..bak kate orang special gitu..hihi~

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain ZaburTauratInjil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Baca juga di sini. (klik)
PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. LantasHerkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 MasihiPerang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.


P/s sekali lagu mengucapkan selamat menyambut bulan puasa..:D

Tuesday 26 June 2012

TERKEJUT

chumell kan seungri nie..nie mesti snap sendiri


Dah lame tak story kan..so hari nie aku nak cerita pasal perempuan nie..nama die tutttt..aku dengan die nie tak lah rapat sangat,just untuk gurau gurau tu boleh lah..muke die nie memang baik,,baik sangat..tapi aku dengar cerita die nie sebenarnya liar..mesti kau orang paham kan maksud liar tu ape..aku memang tak sangka and terkejut tahap beruk..rupa rupanya die nie jenis perempuan lain daripada yang lain..kalau tengok die macam budak matang..tapi..hmm,,tak matang ,,kalau lah die tu matang mesti die pandai fikir mane yang baik mane yang buruk..nie tak main syapu je..aku bukan nak buruk kan die..tapi agak agak lah..masa depan kite nie panjang lagi..die tak kesian ke dengan mak bapak die..cari duit untuk besarkan die..die senag senag buat perangai macam tu..

Kalau lah aku tahu perangai kau dari awal lagi aku tak nak kawan dengan kau,,tak nak kenal dengan kau..aku nak tegur kau,,nanti kau kata ape pulak..aku tegur kau sebabaku kesian kat mak bapak kau..bukan kau..kalau lah mak bapak kau tahu mesti dieorang  kecewa dengan kau..sedih lah wey aku..
ape yang orang cerita pasal kau kat aku..aku macam tak boleh percaya sebab kau memang baik dengan aku..jadi aku tak boleh terima kenyataan yang kau buat perangai macam tu..


P/s: minta minta kau menyesal dengan perbuatan kau..aku doakan yang kau akan berubah segala galanya..