Saturday, 26 January 2013

SETIA HUJUNG NYAWA




Assalamualaikum..apa khabar? sihat tak ?
lame jugak tak updates blog nie..bukannye ape tak ade mase lah..maklumlah dah start musim sekolah dengan homework lagi yang bertimbun..Ok dengan rasminya pelajar yang bernama NURUL ASYIQIN BINTI MAHMOOD adalah pelajar perdagangan untuk tahun 2013..hahaha..amik bahagian perdagangan je..takut lah nak amik account atau add math..math mode pon terkial kial..bagi yang amik aliran selain perdagangan tu chaiyokk !

Ok berbalik pade tajuk yang tertera kat atas tu..Setia Hujung Nyawa..haa korang tau tak cerita ape tu...
tu lah drama terbaik 2013 bagi aku..cerita dia hari Isnin-Khamis jam 7.00 malam dekat tv3..serius cerita tu best habis buat kan aku tak sabar sabar nak tunggu next episod..tapi aku jarang tengok tv sebab time die maghrib so tak boleh lh buka tv..biasanya aku tengok kat dailymotion je..kalau boleh je sempat tengok tv..

Cerita ni di aptasi dari novel karya Fatin Nabila..serius sampai sekarang cari novel tu tak dapat..pegi tiap kedai buku tanya tajuk buku ni perkataan yang sama akan keluar dari mulut diorang SOLD OUT..haaa tension nye..Ok pelakon die Amar Ashraf dan Nelydia Senrose..sweet sangat..memang pasangan ideal lah..
watak bagi hero and heroin name dia Zain Hakimi and Ersalina..drama nie ade 28 episod lagi 2 minggu je nak habis..

Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.

Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?

Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.

Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain.

So kat bawah nie nak share sikit gambar pelakonnye

Ini pelakon lelaki nye Amar Asraf comel + handsome pulak tu..alah pelakon
cerita dalah hati ada taman tu..time tu muke die lain
sebabrambut die panjang

Ok nie pon pelakon baru name dia Nelydia Senrose
darah Kelantan dengan Siam..patutlah cantik..




nie lah para pelakon Setia Hujung Nyawa..

List episod Setia Hujung Nyawa

Setia Hujung Nyawa episod 22 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 23 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 24 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 25 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 26 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 27 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 28 akan diupdate kemudian