Thursday, 28 March 2013

SAHABAT SEJATI

Malam hujan,tak tau nak buat ape..terus amik lappy buka blog nak update..haha

Apa maksud S.A.H.A.B.A.T.S.E.J.A.T.I ?
Hmmm..bagi aku lah sahabat sejati tu kawan yang sentiasa bersama kita ketika susah,senang,sedih and gembira..tanpa sahabat hidup kita tidak seronok..bagii aku lah,sebab aku hidup dah 16 tahun dekat bumi tak ade lagi lah gaduh besar dengan kawan..Alhamdulillah..apa orang cakap ? kawan makan kawan ?..haha..ape ape jelah.

Aku kalau pasal kawan aku tak kisah..masuk tak masuk tu tolak tepi yang penting ikhlas nak kawan..And korang mesti selalu share secret dengan kawan kawankan..lagi lagi pasal boyfriend,tak kan nak share dengan mak kot..memang kene baling kuali..mestilah dengan kawan,baru seronok,tukar tukar secret..hikhoook..tapi sesetengah orang cakap sebenarnya sahabat kita tu lahh musuh kite yang sebenar..ye ke ? mungkin ade orang percaya atau tak,tapi bagi aku lah kan kalau kita tak cari masalah dengan kawan kita tak jadi kot statement kawan tu musuh sebenar..kene lah pandai jaga hati diorang..haa lagi satu nak bergurau tu mestilah bertempat..ni kalau kau bergurau tak bertempat memang kena lah..tak cayee cer try sendiri..kene dengan kawan yang penyabar ok lah.cube kene yang tak sabar..naik kaki,tangan..tapi yang sabar pon ada had nya jugak.

Aku ade 2 orang kawan ni..masuk 7 tahun lah aku kawan dengan diaorang..sekarang sekolah menengah dari form 1 sampai sekarang memang tak pernah sama kelas..rehat pon jarang jumpa..tapi kalau dah jumpa mulut memang tak akan pernah senyap..ade je yang nak diceritakan..lagi dia minat k-pop,,memang ngam lah dengan aku..pendek cakap tak sah kalau tak bercakap bile jumpa ade je yang nak dicelotehkan ..dulu kat sekolah rendah kite orang ni memang macam belangkas..kat mana ade diorang mesti ade aku dan sebaliknya..korang meti dah kenal dah dengan diorang nie..

taraaa..mesti kau orang dah tengok kan
IAA <3 kawan sampai mati
izan,amira and asyiqin

walaupon antara korang baru kenal macam dah lame je kan..


Wednesday, 27 March 2013

Full House Take 2



Cakk ! alahai..lama jugak tak update nie..jeng jeng jeng lawa tak blog aku,sudah bertukar ke warna blue-turquoise..haha tetibe rajin pulak nak upgrade blog.Serius lama kot tak jenguk blog.Macam macam nak bagi tau nie..haishhh excited pulak kau ye syiqin..

Sebenarnya nak bagi tau yang minat aku terhadap drama korea is back.Nak tau sebab apa ? sebab dekat channel 393(astro) ade cerita baru..serius wey cerita tu memang tarik minat aku sampai nak update blog sebab drama tu..tajuknya Full House Take 2.Orang cakap ceritanya sambungan Full House tahun 2004 tu..ala yang Bi Rain berlakon tu,famous kot cerita tu,tapi masa cerita tu aku kecik lagi..mana lah tau..pelakon drama ni aku tak kenal,baru first time tengok pelakonnya,Ya Allah hensem+comell habis..

Nak baca sinopsis dia tekan SINI

Lagu lagu drama ni memang best gile lah wey,dengar banyak kali pon tak bosan,setengah lagu korea yang instrumental ni memang cepat bosan..jangan tak tau salah satu lagu drama ni lagu blog aku..hihi,,best kan,aku dah cakap...














P/s:tengok jangan tak tengok

Saturday, 26 January 2013

SETIA HUJUNG NYAWA




Assalamualaikum..apa khabar? sihat tak ?
lame jugak tak updates blog nie..bukannye ape tak ade mase lah..maklumlah dah start musim sekolah dengan homework lagi yang bertimbun..Ok dengan rasminya pelajar yang bernama NURUL ASYIQIN BINTI MAHMOOD adalah pelajar perdagangan untuk tahun 2013..hahaha..amik bahagian perdagangan je..takut lah nak amik account atau add math..math mode pon terkial kial..bagi yang amik aliran selain perdagangan tu chaiyokk !

Ok berbalik pade tajuk yang tertera kat atas tu..Setia Hujung Nyawa..haa korang tau tak cerita ape tu...
tu lah drama terbaik 2013 bagi aku..cerita dia hari Isnin-Khamis jam 7.00 malam dekat tv3..serius cerita tu best habis buat kan aku tak sabar sabar nak tunggu next episod..tapi aku jarang tengok tv sebab time die maghrib so tak boleh lh buka tv..biasanya aku tengok kat dailymotion je..kalau boleh je sempat tengok tv..

Cerita ni di aptasi dari novel karya Fatin Nabila..serius sampai sekarang cari novel tu tak dapat..pegi tiap kedai buku tanya tajuk buku ni perkataan yang sama akan keluar dari mulut diorang SOLD OUT..haaa tension nye..Ok pelakon die Amar Ashraf dan Nelydia Senrose..sweet sangat..memang pasangan ideal lah..
watak bagi hero and heroin name dia Zain Hakimi and Ersalina..drama nie ade 28 episod lagi 2 minggu je nak habis..

Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.

Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?

Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.

Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain.

So kat bawah nie nak share sikit gambar pelakonnye

Ini pelakon lelaki nye Amar Asraf comel + handsome pulak tu..alah pelakon
cerita dalah hati ada taman tu..time tu muke die lain
sebabrambut die panjang

Ok nie pon pelakon baru name dia Nelydia Senrose
darah Kelantan dengan Siam..patutlah cantik..




nie lah para pelakon Setia Hujung Nyawa..

List episod Setia Hujung Nyawa

Setia Hujung Nyawa episod 22 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 23 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 24 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 25 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 26 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 27 akan diupdate kemudian
Setia Hujung Nyawa episod 28 akan diupdate kemudian